UPCOMING PROGRAM

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Tuesday 8 October 2019

Thursday 16 May 2019

SELAMAT HARI GURU 2019

MESKIPUN SAMBUTAN TELAH DIADAKAN LEBIH AWAL PADA TAHUN INI NAMUN TARIKH KERAMAT INI TETAP DIINGATI . ADMIN INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI, MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN WARGA PENDIDIK KHASNYA  SAHABAT-SAHABAT DI SK SUNGAI KARANGAN. SEMOGA TERUS BERSEMANGAT UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA DALAM MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN.

Sunday 5 May 2019

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2019

PEPERIKSAAN UPSR 2019 AKAN BERMULA PADA :
4 - 11 SEPT 2019 ( BAGI SK)
4-12 SEPT 2019 ( BAGI SJKT/ SJKC)




Thursday 25 April 2019

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2019

Selesai sudah sambutan hari guru yang saban tahun diadakan. Dengan tema 'Back To School' seolah-olah mengimbau kenangan guru-guru di zaman persekolahan mereka. Tahniah kepada Teas.com kerana telah menganjurkan program sambutan ini dengan jayanya.




Sunday 21 April 2019

PELANCARAN PROGRAM BFF TAHUN 6 / 2019

Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Pn.Rohani bt Saad, Tuan GB SKSKR dan merupakan salah satu program di bawah perancangan  KAISARA oleh JK Peningkatan tahun 6. Setiap kumpulan terdiri daripada Teacher Senior (Guru pembimbing), Teacher Junior (Murid terpilih)dan beberapa orang murid tahun 6 . Program ini dijalankan bertujuan untuk  meningkatkan prestasi setiap mata pelajaran UPSR melalui bantuan dan bimbingan rakan sebaya.
Program ini akan berlangsung setiap pagi mulai 7.00 -7.30 am hari AHAD-RABU.





Wednesday 17 April 2019

PELANCARAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH & IMFREE 2019

Anjuran : Unit Hem & Kaunseling
Perasmi/ penceramah jemputan :  Pn.Sameerah l Salwa bt Zainudin, Pegawai AADK Kulim.
Masa : 2 - 4 petang
Sasaran : Semua murid SKSKR

Program ini dilaksanakan  bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah. Semoga anak- anak kita dijauhkan daripada gejala ini. Beberapa program tambahan telah dirancang sepanjang bulan ini dan majlis perasmian penutup dijangka akan berlangsung pada 16/5/2019.




Sunday 14 April 2019

MESYUARAT PENINGKATAN UPSR BIL.2(2019)

Analisis Ujian 1 dan Dialog Prestasi panitia teras dibincangkan bersama barisan pentadbiran bagi mencari kelemahan dan intervensi terbaik .


CERAMAH SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ 2019

Penceramah jemputan : PU Amir
Tarikh : 10 April 2019
Masa : 2.30 petang
Semua murid dan guru adalah terlibat dalam program ini.






Sunday 7 April 2019

LAWATAN PENANDA ARASAN KE SK SEKSYEN 9 SHAH ALAM

Lawatan ini telah berlangsung pada 5 April 2019 yang lalu dengan jayanya. SK Seksyen 9, Shah Alam dipilih sebagai destinasi lawatan atas faktor kebitaraan Matematik antara yang terbaik dalam negara. Pihak SKS9 menyambut baik kehadiran rombongan SKSKR seawal jam 8.00am. Guru-guru diberi  taklimat dan dibawa melawat beberapa tempat sekitar sekolah. Banyak ilmu dan perkongsian telah diperolehi sepanjang lawatan tersebut diadakan. Semoga dengan adanya lawatan ini SKSKR dapat memacu ke arah kebitaraan Matematik dan sedikit-sebanyak dapat mengaplikasi ilmu yang dikongsikan bersama ini . Semasa program lawatan ini diadakan guru-guru juga  diberi peluang mengunjungi  Putrajaya dan  menaiki Menara Berkembar Petronas (skybridge).






Thursday 4 April 2019

MAJLIS LAMBAIAN KASIH PERSARAAN TCH LIM SIEW HWANG

Majlis Persaraan Tch Lim Siew Hwang pagi ini diraikan dengan penuh gemilang. Kehadiran tetamu jemputan yang rata-rata merupakan mantan GB dan PK yang pernah sama-sama berkhidmat bersama beliau dahulu memeriahkan lagi majlis ini. Persembahan gimik turut diadakan bagi mewujudkan suasana ceria meskipun rasa sedih tetap tidak dapat dibendung. Ahli keluarga Tch Lim juga dilihat hadir memberi tanda sokongan dan penghargaan sempena  persaraan beliau. Tch Lim merupakan seorang guru Bhs Inggeris yang telah berbakti di SKSKR selama 29 tahun 4 bulan. Warga SKSKR mendoakan agar Tch Lim sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta selepas persaraan ini.




Monday 1 April 2019

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT PKG PDG SERAI

Tahniah kepada kontinjen MTQ sekolah yang berjaya bergelar juara pada tahun ini.
Untuk makluman, SKSKR telah berjaya memenangi kejuaraan dalam beberapa kategori iaitu :
Johan : Hafazan perempuan, Tilawah (P) & Bercerita (L)
Tempat kedua :hafazan (L)
Tempat ketiga ;Tilawah (L)
Sekaligus membolehkan SKSKR mengondol kejuaraan keseluruhannya.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang yang berjaya.
Tahniah juga kepada Panitia Agama yang berusaha gigih ke arah kejayaan ini dan guru juga barisan guru-guru yang bertungkus lumus sepanjang pelaksaan MTQ kali ini.



Wednesday 27 March 2019

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1/2019

Sekolah akan bercuti mulai 21-30 Mac 2019 dan dan akan dibuka semula pada 31 Mac 2019. 
Harap maklum.

Wednesday 20 March 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH 2019

Saban tahun Kejohanan Olahraga diadakan bagi mencungkil bakat murid terutamanya dalam acara sukan . Pada tahun ini Kejohanan Olahraga telah dirasmikan oleh En. Goh Khang Xin Pengurus GKX Sinar Trading dan dihadiri oleh beberapa jemputan rasmi yang terdiri daripada mantan GB dan PK yang pernah berbakti di Skskr serta YDP Pibg. Ramai waris dilihat hadir memberi sokongan moral sekaligus memeriahkan lagi kejohanan ini. Beberapa acara telah memecah rekod tersendiri berjaya direkodkan. Tahniah kepada semua atlet dan guru- guru rumah sukan  yang berjaya dan  sama- sama bertungkus lumus menjayakan program ini.





Sunday 17 March 2019

MAJLIS LAMBAIAN KASIH MANTAN GB TN HJ NORDIN BIN AB HAMID

Setiap pertemuan adanya perpisahan..
Meskipun Tn GB berada di SKSKR sekitar lima bulan tetapi beliau telah membawa pelbagai pembaharuan . Tempat beliau selepas ini akan digantikan oleh Tn. GB Pn.Rohani bt Saad dari SK Ladang Bukit Sedim. Kami Warga SKSKR ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan Tn GB atas segala usaha dan pengorbanan beliau sepanjang berada di sini. Susah senang gelak tawa bersama tetap terpahat dalam kenangan kami . Kehilanganmu pasti kami rindui. Semoga beliau dapat teruskan kecemerlangan ini di tempat baharu ( SK Taman Mahsuri). Kenangi kami dalam doa mu.
Good luck Tn GB.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan...





Wednesday 13 March 2019

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH KBB 2019

SKSKR merupakan pengelola pertandingan ini.

Melibatkan 4 buah sekolah yang bertanding:
SK Taman Hitech, SK Sg Ular, SK Taman Selasih dan SK Labu Besar

Perasmi :
Tn Timbalan PPD KBB ( En. Abd Rashid b Abd Rahman)

Pertandingan separuh akhir dijalankan di 2 lokasi yg berbeza iaitu di dewan sekolah dan di bilik seminar . Manakala peringkat akhir dijalankan di dewan sekolah.







Tuesday 12 March 2019

MAKLUMAN PELAKSANAAN UJIAN BULAN MAC 2019

Untuk makluman semua,
Ujian bulan Mac akan berlangsung mulai 12 hingga 14 Mac 2019 melibatkan semua subjek teras dan hanya diduduki oleh murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Pohon semua waris cakna dan pastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran dan membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi ujian ini.
Harap maklum.

Friday 8 March 2019

MAJLIS PENUTUPAN KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS

Majlis penutupan ini telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar dengan kehadiran bersama YDP PIBG En Mohd Zulkalnain b Ramli. Dua hari peserta diberi pelbagai cabaran dan tugasan untuk meningkatkan jati diri, keyakinan , ketrampilan diri  dalam melaksanakan tugas sebagai pengawas sekolah dengan lebih berwibawa. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya melalui dan menamatkan program ini dengan jayanya. Pihak sekolah dan JK kerja keseluruhannya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada  pihak pengurusan Kem D'Omland,jurulatih dan pengelola kerana sudi menerima SKSKR di sana.