UPCOMING PROGRAM

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Wednesday 27 March 2019

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1/2019

Sekolah akan bercuti mulai 21-30 Mac 2019 dan dan akan dibuka semula pada 31 Mac 2019. 
Harap maklum.

Wednesday 20 March 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH 2019

Saban tahun Kejohanan Olahraga diadakan bagi mencungkil bakat murid terutamanya dalam acara sukan . Pada tahun ini Kejohanan Olahraga telah dirasmikan oleh En. Goh Khang Xin Pengurus GKX Sinar Trading dan dihadiri oleh beberapa jemputan rasmi yang terdiri daripada mantan GB dan PK yang pernah berbakti di Skskr serta YDP Pibg. Ramai waris dilihat hadir memberi sokongan moral sekaligus memeriahkan lagi kejohanan ini. Beberapa acara telah memecah rekod tersendiri berjaya direkodkan. Tahniah kepada semua atlet dan guru- guru rumah sukan  yang berjaya dan  sama- sama bertungkus lumus menjayakan program ini.





Sunday 17 March 2019

MAJLIS LAMBAIAN KASIH MANTAN GB TN HJ NORDIN BIN AB HAMID

Setiap pertemuan adanya perpisahan..
Meskipun Tn GB berada di SKSKR sekitar lima bulan tetapi beliau telah membawa pelbagai pembaharuan . Tempat beliau selepas ini akan digantikan oleh Tn. GB Pn.Rohani bt Saad dari SK Ladang Bukit Sedim. Kami Warga SKSKR ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan Tn GB atas segala usaha dan pengorbanan beliau sepanjang berada di sini. Susah senang gelak tawa bersama tetap terpahat dalam kenangan kami . Kehilanganmu pasti kami rindui. Semoga beliau dapat teruskan kecemerlangan ini di tempat baharu ( SK Taman Mahsuri). Kenangi kami dalam doa mu.
Good luck Tn GB.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan...





Wednesday 13 March 2019

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH KBB 2019

SKSKR merupakan pengelola pertandingan ini.

Melibatkan 4 buah sekolah yang bertanding:
SK Taman Hitech, SK Sg Ular, SK Taman Selasih dan SK Labu Besar

Perasmi :
Tn Timbalan PPD KBB ( En. Abd Rashid b Abd Rahman)

Pertandingan separuh akhir dijalankan di 2 lokasi yg berbeza iaitu di dewan sekolah dan di bilik seminar . Manakala peringkat akhir dijalankan di dewan sekolah.







Tuesday 12 March 2019

MAKLUMAN PELAKSANAAN UJIAN BULAN MAC 2019

Untuk makluman semua,
Ujian bulan Mac akan berlangsung mulai 12 hingga 14 Mac 2019 melibatkan semua subjek teras dan hanya diduduki oleh murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Pohon semua waris cakna dan pastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran dan membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi ujian ini.
Harap maklum.

Friday 8 March 2019

MAJLIS PENUTUPAN KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS

Majlis penutupan ini telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar dengan kehadiran bersama YDP PIBG En Mohd Zulkalnain b Ramli. Dua hari peserta diberi pelbagai cabaran dan tugasan untuk meningkatkan jati diri, keyakinan , ketrampilan diri  dalam melaksanakan tugas sebagai pengawas sekolah dengan lebih berwibawa. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya melalui dan menamatkan program ini dengan jayanya. Pihak sekolah dan JK kerja keseluruhannya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada  pihak pengurusan Kem D'Omland,jurulatih dan pengelola kerana sudi menerima SKSKR di sana. 





Thursday 7 March 2019

MESYUARAT JK MTQ PERINGKAT PKG PDG SERAI

Mesyuarat pagi ini telah dipengerusikan oleh Tn Guru Besar SKSKR dan dihadiri oleh guru- guru besar dari 7 buah sekolah sekitar PKG Pdg Serai.




KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS 2019

Tarikh : 7- 8 Mac 2019
Tempat : Kem D'Omland Sungai Petani
Sasaran : Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas Surau, Pengawas SPBT
Jumlah peserta : 114 orang murid

Taklimat dan persediaan sebelum bertolak ke lokasi oleh guru penasihat setiap unit. Semoga berjalan lancar selamat pergi dan pulang.





Saturday 2 March 2019

PENDAFTARAN KE TAHUN 1 SESI 2020/2021

Makluman kepada semua waris yang mempunyai anak yang dilahirkan pada tahun 2013 & 2014. Pendaftaran  online ke tahun 1 kini telah dibuka. Untuk melengkapkan pendaftaran tersebut tuan/puan boleh layari :

https://public.moe.gov.my




Sekian, sila ambil cakna dan harap maklum.