UPCOMING PROGRAM

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Monday 28 January 2019

MESYUARAT PENINGKATAN BIL 1/2019

Antara isu yang diperbincangkan sudah tentunya mengenai pencapaian murid khususnya murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR 2019 pada Setember ini.

Sekolah telah mensasarkan  ETR:
-13 orang murid memperolehi 6A
- GPS 2.47
- % lulus semua 97 orang (80.17%)

Semoga target ini dapat dicapai dengan jayanya pada tahun ini dengan adanya barisan guru-guru tahun 6 yang cukup komited dan sentiasa cakna dengan pencapaian murid-murid.



Sunday 27 January 2019

BARISAN PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH SESI 2019

BARISAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2019

BARISAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2019
BARISAN PENGAWAS SPBT SESI 2019
BARISAN PENGAWAS SURAU 2019

BARISAN PEMBANTU RAKAN SEBAYA (PRS) SESI 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2019

Majlis ini telah telah disempurnakan  oleh  En. Nordin b Ab Hamid (Tn Guru Besar ) dan penyerahan watikah melibatkan  hampir100 orang pengawas lantikan baru dan lama sesi pagi 2019.
Matlamat utama majlis ini diadakan adalah bertujuan memperkenalkan barisan pengawas-pengawas sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, pengawas Pusat Sumber, Pengawas Surau, pengawas SPBT dan Pembantu rakan Sebaya (PRS) sesi 2019. majlis ini juga merupakan simbolik kepada tanggungjawab yang diamanahkan kepada pengawas yang dilantik. Semoga dengan pelantikan secara rasmi ini akan memberi semangat kepada semua pengawas-pengawas dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru penyelaras yang berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.









Tuesday 22 January 2019

BENGKEL PEMBUGARAN PBD

Bengkel Pembugaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pada tengah hari ini telah disampaikan oleh Pn. Saliza bt Kamal (Penolong PPD Bahasa Inggeris (SM) dan merupakan pegawai meja PBD. Bengkel ini dilaksanakan sebagai pendedahan dan mengukuhkan kefahaman guru- guru tentang pentaksiran PBD.






Thursday 17 January 2019

MAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH & THAIPUSAM 2019


Cuti Hari Keputeraan Sultan Kedah - 20/01/2019
Cuti Peristiwa Hari Thaipusam - 21/01/2019
Sekolah akan dibuka semula pada Selasa 22/01/2019
Harap maklum.

KUNJUNGAN TUAN PENGARAH JPN KEDAH KE SKSKR

Siapa sangka pagi ini SKSKR menerima kunjungan tetamu kehormat yang tidak dijangka. Beliau tidak lain tidak bukan ialah Mantan Tuan PPD KBB Tn Pengarah JPNK En. Aziz  Selaiman. Beliau sempat singgah  di SKSKR  dalam perjalanan beliau ke Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu bagi menyampaikan amanat Menteri Pendidikan kepada Guru Besar/Pengetua KBB.
Beliau sempat  beramah mesra dan bermain bola dengan murid-murid di padang sekolah.

Kunjungan ke kelas Tahun 6 




Beramah mesra dan menyampaikan amanat ringkas kepada guru-guru.

PELAKSANAAN PDPC BERASASKAN FROG VLE

Murid-murid kini diberi lebih peluang mendalami pembelajaran alam maya dengan menggunakan  Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Apa itu Frog VLE ?


  1. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
  2. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE.
Frog VLE sungguh mudah dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Lihatlah betapa khusyuknya murid-murid ini mengikuti pembelajaran di dalam kelas berasaskan Frog Vle. Website ini merupakan medium yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua sekolah seluruh negara dan boleh diakses bukan hanya di sekolah sahaja tetapi di rumah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai kemudahan wifi atau data. Dengan hanya memasukkan ID dan password murid-murid sudah boleh mengikuti pembelajaran alam maya ini.


  1. SIAPA PENGGUNA FROG VLE ?

    GURU :
    • Boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar.
    • Boleh menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain.
    • Boleh merancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.

    PELAJAR : 
    • Boleh meneroka video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond,
    • Boleh mereka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan,
    • Boleh menyelelesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.

    IBU BAPA : 
    • Boleh mengetahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah,
    • Boleh mencari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.

Sunday 13 January 2019

BENGKEL PLC

13/1/2019 - 12.15 pm
Sekitar Bengkel PLC ( Professional Learning Community) disampaikan oleh YM Raja Zainal Hafiz b Raja Adnan (GB Sekolah Kebangsaan Taiping, Perak)



Wednesday 2 January 2019

PROGRAM TRANSISI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2019

Kehadiran badut di hari pertama persekolahan sesi petang ternyata memberi satu kejutan dan keterujaan kepada semua murid terutamanya murid-murid tahun 1. Tahniah kepada semua guru-guru tahun 1 yang terlibat menjayakan minggu Transisi 2019 .