UPCOMING PROGRAM

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Thursday 17 January 2019

PELAKSANAAN PDPC BERASASKAN FROG VLE

Murid-murid kini diberi lebih peluang mendalami pembelajaran alam maya dengan menggunakan  Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Apa itu Frog VLE ?


  1. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
  2. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE.
Frog VLE sungguh mudah dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Lihatlah betapa khusyuknya murid-murid ini mengikuti pembelajaran di dalam kelas berasaskan Frog Vle. Website ini merupakan medium yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua sekolah seluruh negara dan boleh diakses bukan hanya di sekolah sahaja tetapi di rumah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai kemudahan wifi atau data. Dengan hanya memasukkan ID dan password murid-murid sudah boleh mengikuti pembelajaran alam maya ini.


  1. SIAPA PENGGUNA FROG VLE ?

    GURU :
    • Boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar.
    • Boleh menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain.
    • Boleh merancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.

    PELAJAR : 
    • Boleh meneroka video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond,
    • Boleh mereka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan,
    • Boleh menyelelesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.

    IBU BAPA : 
    • Boleh mengetahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah,
    • Boleh mencari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.

No comments:

Post a Comment