UPCOMING PROGRAM

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Monday 25 February 2019

KEM JANA ILMU FASA 1 TAHUN 6

Kem Jana Ilmu Fasa 1 /2019
Tarikh : 25 hingga 27 Februari 2019
Masa  : 7.45 am- 12.45 pm (Rujuk Jadual)
Sasaran  : Semua murid Tahun 6

Slot ceramah disampaikan sendiri oleh guru-guru mata pelajaran sebagai persediaan awal ke arah UPSR yang akan diduduki pada Setember ini. Dengan menggunakan kepakaran dan pengalaman yang sedia murid-murid diberi pendedahan awal tentang teknik dan kemahiran menjawab soalan mengikut subjek. Sebagai makluman, Kelas Tambahan bagi murid-murid Tahun 6 berjalan seperti biasa.





Sunday 24 February 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42/2019

Usai sudah Mesyuarat Agung PIBG tahun 2019  Terima kasih kepada YB Tuan Karupaiya Mutusami yang sudi hadir merasmikan majlis ini. Untuk makluman mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 176 orang waris dan guru dan dianggap sebagai  antara  mesyuarat yang berjaya setakat ini. Tahniah kepada waris yang sudi hadir meluangkan masa menjayakan mesyuarat tahunan kali ini. Komitmen dan sokongan tuan/puan amat kami hargai.





Untuk melihat gambar keseluruhan sekitar Mesyuarat Agung PIBG sila ke channel FB kami.


BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 / 2019

Kepada ahli PIBG SKSKR yang tidak hadir berikut disampaikan buku Mesyuarat Agung  Versi Online untuk makluman tuan/puan.

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG 2019

Friday 22 February 2019

PENGGUNAAN APPLIKASI QRCODE

Pertama kalinya Mesy.Agung PIBG 2019 memperkenalkan pendaftaran menggunakan applikasi QRCode Reader .Pohon semua waris lengkapkan HP anda dgn applikasi tersebut yg boleh dimuat turun di playstore/appstore. Penggunaan QR Code ini diperkenalkan adalah selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan ke arah masyarakat celik IT. QRCode juga bakal digunakan dalam urusan rasmi diperingkat sekolah sebagai langkah awal paperless.

Harap mklum.

PENYERAHAN BANTUAL KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2019

Proses penyerahan bantuan khas awal persekolahan pada 21/2/2019 berjalan dengan lancar dan 400 orang murid skskr menerima manfaat daripadanya. Para waris mula hadir membanjiri kelas seawal 12.15 tgh hari.





Wednesday 20 February 2019

KURSUS PENDEK PLC

Kursus ini disampaikan sendiri oleh Tn Guru Besar Tn Hj Nordin b Hj Ab Hamid kepada  semua guru- guru SKSKR dan dijalankan dalam 2 sesi . Sesi 1 melibatkan guru-guru daripada sesi petang manakala sesi 2 melibatkan guru-guru daripada sesi pagi.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pecerahan dan penerangan menyeluruh tentang pelaksanaan  PLC ( Professional Learning Community) bagi semua mata pelajaran di sekolah. Pada peringkat awal ini, pelaksanaan PLC akan memberi tertumpu kepada mata pelajaran teras terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan mata pelajaran bukan teras dengan berfokuskan kepada Learning Walk dan Peer Coaching.






Monday 18 February 2019

PROGRAM JOM KE SEKOLAH & PELANCARAN PAPAN KENYATAAN PPS 2019

Merupakan satu program kerjasama di antara KPM dan PDRM serta dilancar serentak di seluruh negara pada hari ini. Program ini telah pun dirasmikan oleh Sarjan Zaitun bt Dun dari IPD Kulim.
Pelaksanaan program ini adalah bertujuan memberi kesedaran bagi menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid- murid sekolah.












Sunday 17 February 2019

PROGRAM MOTIVASI & TEMU MESRA WARIS TAHUN 6/2019

Penceramah jemputan :
Tn. Hj Mohd Najib b Hj Ahmad
PK Pentadbiran SK Sungai Taka
Serdang, Kedah

Topik : "Inspirasiku"

Program ini melibatkan seramai 121 orang murid tahun 6 dan dihadiri oleh 98 orang waris . Tahniah kepada semua waris yang berjaya menghadirkan diri bagi menjayakan program ini.





PROGRAM JAYA KPI 2019

Disampaikan oleh Tn Guru Besar Tn Hj Nordin b Hj Ab Hamid.




SESI LUAHAN HATI









Friday 15 February 2019

KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH KBB

Hari ini, julung kalinya pasukan Bola Jaring SKSKR berjaya mara ke peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu. Di bawah pimpinan Cikgu Rohani Man dan Cikgu Sharifah Zaidah pasukan sekolah telah berjaya  merangkul tempat ketiga  DKBB dan sekaligus mencatat rekod terbaik permainan ini setakat ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada coach dan team Bola Jaring sekolah atas  usaha dan kesungguhan mereka. Semoga kejayaan ini akan menjadi titik permulaan dan pembakar semangat  dalam melakar kejayaan yang seterusnya di masa akan datang

Keputusan Kejohanan Bola Jaring U12 DKBB 2019 πŸ€

Johan : PKG Pdg Serai
N/Johan : PKG Kulim
Tempat ke 3: PKG P/Serai & Kulim
Tahniah semua !!!



Sunday 10 February 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN ACARA PADANG PKG PADANG SERAI

Tahniah kepada semua kontinjen  SKSKR yang telah berjaya dalam Kejohanan Olahraga dan acara padang peringkat PKG Pdg Serai pada 29 Jan 2019 yang lalu.  SKSKR telah memenangi tempat ke -2 peringkat PKG.
Syabas dan Tahniah!